Wednesday, July 05, 2017

Tugasan Geografi PT3 2017: Halangan Memajukan Kawasan Kajian

CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017


CONTOH JAWAPAN


4. Halangan untuk memajukan kawasan berlorek.

Bahan Grafik dari Borang Soal Selidik

Contoh membuat analisa daripada borang soal selidik:

JADUAL 3: JADUAL MENGENAI HALANGAN UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN BERPOTENSI DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN

Halangan
Kekerapan
Tanah Runtuh
9
Cerun curam
8
Banjir
2
Jumlah
20
Sumber: Responden-responden yang disoal selidik


Carta Pai daripada hasil borang soal selidik


HALANGAN UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN BERPOTENSI DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA


Anda harus menghuraikan beberapa masalah dan halangan yang menghalang untuk memajukan kawasan yang berpotensi. Berikut adalah beberapa contoh halangan yang mugkin dialami di kawasan anda.

(a) Saliran
Di kawasan ini, air sungai agak mudah melimpah keluar. Hal ini demikian kerana sungai di kawasan ini mempunyai kedalaman yang agak cetek disebabkan oleh proses pemendapan yang berlaku. Oleh itu, sungai hanya mampu menampung kuantiti air yang sedikit dan kejadian limpahan sungai mudah berlaku. Sungai yang beraliran deras pula sukar untuk pengangkutan.

(b) Tanah pamah
Di kawasan ini terdapat banyak tanah pamah dan ia banyak halangan bentuk muka bumi kepada manusia antaranya ialah tanah yang sempit di Alor Gajah ini. Selain itu, tanah pamah sering berlakunya banjir kerana kedudukannya yang rendah dan sistem perparitannya yang kecil. Oleh sebab itu Alor Gajah selalunya berlakunya banjir.

(c) Hakisan Tanah
Hakisan sering berlaku di kawasan tanah tinggi di kampong binjai rendah. Hal ini disebabkan oleh tadahan hujan yang dibina pada cerun bukit untuk kegiatan pertanian dan pembinaan rumah. Kegiatan ini telah banyak mengakibatkan hakisan-hakisan tanah serta tanih. Kegiatan pembalakan yang berleluasa dan tiada sikap bertanggungjawab juga telah mengakibatkan kepupusan beberapa jenis spesis tumbuhan dan haiwan di kawasan ini. Penebangan pokok di cerun bukit bagi pembinaan pula akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan.

(d) Tanah Tinggi
Tanah tinggi di kampung ini menyukarkan para penduduk untuk melakukan pelbagai kegiatan. Kedudukannya yang agak terpencil menyukarkan penduduk untuk berhubung. Malah tanah tingginya juga mempunyai cerun yang agak curam. Malah, untuk membina petempatan di sini agak sukar kerana memerlukan kos yang agak tinggi dan kedudukannya yang agak terpencil dari kawasan Bandar. Di sini masih terdapat binatang buas seperti babi hutan. Oleh yang sedemikian, penduduk jarang terdapat di sini. Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam juga sukar untuk dibina petempatan.

(e) Tanah runtuh
Oleh sebab Taman Juta terletak berhampiran dengan bukit, maka ia menghadapi risiko tanah runtuh. Jika tanah runtuh berlaku rumah-rumah di kawasan Taman Juta akan musnah dan ramai yang akan kehilangan tempat tinggal. Di samping itu, penduduk- penduduk juga akan mengalami kerugian harta benda kerana tanah runtuh berlaku.

(f) Pencemaran alam sekitar 
Pencemaran yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan negara terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap. Pantai-pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapal-kapal laut. Perlombongan bauksit di beberapa kawasan di negara ini menjejaskan sektor pelancongan negara malah kesan kegiatan itu telah mengurangkan sebanyak 20 peratus kehadiran pelancong ke hotel dan resort yang berdekatan lokasi perlombongan. Selain itu, di Cameron Highlands misalnya, banyak bukit-bukit yang telah gondol disebabkan penerokaan, situasi itu menjejaskan minat pelancong untuk berkunjung ke situ . Sekiranya alam sekitar musnah dan terjejas, ia telah memberikan tanggapan negatif kepada pelancong luar. Masalah jerebu juga menjadi cabaran. Ianya berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan daripada Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.


*******************


Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses*

46 comments:

  1. this help me alot for my folio tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i love u!....

      Delete
    2. thanks pretty balqis... you help me a lot

      Delete
    3. I LOVE YOU..

      Delete
  2. adakah cadangan yang diberikan harus berkait dengan halangan dan cadangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti ler jika x kait mana pemeriksa tau cadangan yang mu cakap

      Delete
  3. Assalamualaikum.. terima kasih puan.. blog puan banyak membantu saya dalam memahami kehendak tugasan dgn lbh mendalam serta menyiapkannya..
    Saya memohon keizinan dalam menggunakan bahan2 yg terdapat dalam blog ini..
    Semoga Allah membalas kebaikan dan kemurahan hati puan dlm membantu kami, pelajar2 PT3 menyiapkan tugasan geografi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum nk tanya macam mana nak buat potensi,halangan,cadangan

      Delete
  4. thanks a lot,this may help me

    ReplyDelete
  5. kengganan penyerahan pemilik tanah
    kesesakan lalu lintas
    kawasan terpencil
    jalan raya yang tidak diselenggara/kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dah tu bro :P

      Delete
  6. Thankyou for your information.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum sye nk tanya kawasan berlorek tu ape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan yg hg nk majukan tulah bro

      Delete
  8. Can I use this as my folio. I will not copying all this.I'll just take a bit only. SORRY!!!
    but thanks for helping me 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok but sikit je tau

      Delete
  9. Macam mana nak terangkan kalau kos pebinaan tu tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. KATALAH KOS TU BERNILAI BERTRILLION RINGGIT..KAN SENANG ..MIND BLOWING PLK TU..TERKEJUT PEMERIKSA ..ENTAH2 DIA BAGI EXTRA MARK HAHA :p

      Delete
  10. knp x leh print

    ReplyDelete
    Replies
    1. CARI ALTERNTIF LAIN LAH BRO..HG PRINT TAKUT HG PLAGIAT PULAK..KAN SUSAH TU

      Delete
  11. knp i x leh print bahagian ni kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehmmm....ask ur printer lah...

      Delete
  12. maaf lah nak cakap..penghargaan tak perlu pun

    ReplyDelete
  13. Thx membantu sangat

    ReplyDelete
  14. Can I be your friends? you're so good on doing bloging
    . I'm from Kedah. hehe

    ReplyDelete
  15. kalau saya nak bina sekolah/ taman rekreasi, apa halangan yg akn diperoleh? kalau kawasan tu berhutan tu kira halangan juga kah? tapi kawasan berlorek saya tu dikelilingi banyak rumah dan terletak di tepi jalan raya utama. apa pendapat cg?

    ReplyDelete
  16. Boleh bgi beberapa halangan untuk membina Kompleks Sukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.tanah milikan persendirian
      2.kos pembinaan tinggi
      3.merosakkan alam sekitar

      Delete
    2. 1.tanah milikan persendirian
      2.kos pembinaan tinggi
      3.merosakkan alam sekitar

      Delete
    3. Hi, may I know how to huraikan halangan tanah milikan persendirian?terima kasih:)

      Delete
  17. Terima kasih ats panduan di atas. Senanglah nak buat tugasan ni.

    ReplyDelete
  18. How to print this page ?

    ReplyDelete
  19. Halangan yg terdapat pada fizikal dgn budaya tu mcm mna???

    ReplyDelete
  20. Terima kasih ia membantu saya untuk buat kerja kursus

    ReplyDelete
  21. kalau mcm kecurian , mcm mana tu ?

    ReplyDelete
  22. Boleh tk bgi halangan untuk memabangunkn swah padi???..tu mcm eko pertanian jugkkk..Tq😊

    ReplyDelete
  23. knp tk blh print hm

    ReplyDelete
  24. sya nak tanya blog nie mmg x blh print ke utk bukti??

    ReplyDelete
  25. Cik boleh cik tolong saya untuk mencari 1 halangan pembinaan restoran selain daripada kos tinggi dan sikap penduduk

    ReplyDelete
  26. Thanks for this valuable information

    ReplyDelete
  27. Thanks for this Valuable Information

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®