Wednesday, July 05, 2017

Tugasan Geografi PT3 2017: Latar Belakang

CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017

CONTOH JAWAPAN 

1. Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian.

Peta adalah lukisan sebahagian permukaan bumi yang dilihat dari aras yang tinggi. Pada peta lakar ditunjukkan objek-objek yang disebut sebagai ciri geografi. 

Ciri fizikal ialah ciri-ciri semula jadi di kawasan kajian, contohnya ialah bukit, sungai, hutan dan paya. 

Ciri budaya ialah ciri-ciri yang terhasil dari objek-objek buatan manusia di kawasan kajian, contohnya ialah pertanian, perlombongan, perindustrian, sekolah, masjid, jalan raya, rumah, pasaraya dan jambatan.




contoh huraian 1:
Kawasan kajian saya adalah Bercham. Bercham merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya Ipoh, Negeri Perak. Bercham berasal dari kawasan perlombongan bijih timah yang berhampiran dengan Sungai Kinta. Bercham terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Ipoh. Di kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur. Keluasan kawasan Bercham adalah lebih kurang 6 km persegi.  
Pekan Bercham terletak lebih kurang 8 km dari bandaraya Ipoh. Antara kawasan lain yang berhampiran dengan Bercham adalah pekan Tambun, Kampung Tasek, Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek Kampung Tawas, Kampung Simee, Tiger Lane, Taman Cempaka dan Ampang.  
Bercham dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya yang besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco, Tesco Extra, Plaza Kinta dan lain-lain. Bercham juga hanya bersebelahan dengan Sunway Tambun 'The Lost World'. Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga berhampiran dengan kawasan ini. Lebuhraya Utara-Selatan ada susur keluar di sini iaitu di bahagian Ipoh Selatan. Jadi Bercham menjadi titik masuk dan keluar ke Lebuh raya Utara Selatan.

contoh huraian 2:
Kuala Rompin ialah merupakan kawasan pentadbiran daerah Kuala Rompin. Kebanyakan penduduk Kuala Rompin menjalankan aktiviti seharian seperti pertanian dan perikanan. Kuala Rompin juga terkenal dikalangan kaki pancing menyebabkan Kuala Rompin terkenal dengan nama “Bandar Udang Galah”. Hal ini demikian kerana, pantai Kuala Rompin mempunyai keunikan tersendiri seperti cantik dan bersih. 
Kuala Rompin juga terkenal dengan ikan layaran menyebabkan ramai pemancing dari pelbagai negeri dan juga pemancing dari Singapura datang ke Kuala Rompin. Infrastruktur jalan raya disediakan untuk ke Pasar Tani Kuala Rompin seperti Jalan Dato Ibrahim yang menghubungkan kawasan Bandar Kuala Rompin dengan kawasan Pasar Besar Kuala Rompin. Melalui pemerhatian saya, terdapat juga bangunan-bangunan di sekitar Pasar Tani Kuala Rompin seperti bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air (JBA), Pusat latihan Angkat Berat Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rompin. Jarak Pasar Tani ini dari kawasan perumahan penduduk Kuala Rompin lebih kurang 2 kilometer sahaja menyebabkan ramai pengunjung yang datang ke Pasar Tani ini. 
Bentuk muka bumi di kawasan Pasar Tani ini ialah tanah pamah menyebabkan aktiviti perniagaan mudah dijalankan. Kawasan Pasar Tani yang dahulunya hutan yang berpaya telah ditebang untuk membina tempat perniagaan seperti Pasar Besar Kuala Rompin dan Pasar Tani Kuala Rompin yang dijalankan pada hari selasa setiap minggu. Terdapat sistem saliran yang sistematik dibina di kawasan Pasar Tani ini. Longkang yang dibina mengalir terus ke Sungai Kolek. Kawasan Pasar Tani yang rendah akan menyebabkan berlakunya takungan air ketika hujan lebat. Fenomena banjir dapat diatasi dengan adanya sistem saliran yang mengalirkan air terus ke luar. 

*******************


Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses*

Read More »

Tugasan Geografi PT3 2017: Perancangan


CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017

1. Perancangan (10 markah)

(a) Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh.
(b) Perancangan merangkumi :
  • Jadual Kerja
  • Objektif Kajian
  • Penentuan kaedah Kajian

CONTOH KERANGKA KASAR PELAKSANAAN TUGAS / JADUAL KERJA
*ini hanya contoh sahaja. boleh ubahsuai mengikut format kaedah kajian anda*

HARI
TARIKH
AKTIVITI
CATATAN
HARI 1
Isnin
3 Julai 2017
- Menerima soalan dan panduan rubrik pelaksanaan kajian
- Tajuk: peta lakar di kawasan kajian.
- Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan
HARI 2
Selasa
4 Julai 2017
· Taklimat tentang kajian
· membuat catatan hasil penerangan guru

· mula mengumpul maklumat dalam buku / internet mengenai latar belakang kawasan kajian dengan bimbingan guru
· berbincang dengan guru hasil maklumat yang diperoleh

· menyediakan borang soal selidik / temubual dengan bimbingan guru
·  melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian
·  dengan bimbingan guru
·   dengan rakan

·  waktu petang membuat temubual / soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat mengenai halangan untuk memajukan kawasan berlorek di kawasan kajian.
·  dengan rakan

·  membuat temubual / soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk mengenai cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek di kawasan kajian.

·  membuat analisis daripada temubual / soal selidik 10 - 20 responden
·   menghasilkan bahan grafik yang sesuai - graf / carta pai
·  dengan bimbingan guru

·  menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru.
·  di hadapan guru geografi

- menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru.
- menyemak laporan kajian dan bahan grafik.



· membuat penambahbaikan
Hari 29
Isnin
31 Julai 2017
· menghantar hasil kajian kepada guru


KERANGKA AWAL / KASAR PENULISAN

Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh. 

Contoh:

Bil
Perkara
Huraian
1
Latar belakang
Huraikan latar belakang di kawasan kajian anda
- ciri fizikal
- ciri budaya 
2
Peta Lakar
Melukis draf peta lakar di kawasan kajian

Mentafsir kandungan peta lakar: 
- simbol, 
- warna
3
Potensi 
Lorekkan kawasan yang berpotensi dimajukan

Huraikan potensi tersebut
1.
2.
4
Halangan
Halangan untuk memajukan kawasan berlorek


Isi 1: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................


Isi 2: 
Huraian: ..............................

Contoh: ...............................
5
Cadangan
Cadangan usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek

Isi 1: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................

Isi 2: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................

Isi 3: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................
6
Rumusan
7
Sumber
Mesti lengkap menurut turutan di atas


CONTOH JAWAPAN

Tajuk: Peta Lakar di ....................... (nyatakan kawasan kajian anda)

Kawasan kajian saya ialah …...... Kawasan ini juga berdekatan dengan rumah saya. Hal ini telah memudahkan saya dan rakan-rakan membuat kajian selepas waktu persekolahan. Tempoh masa kajian dijalankan ialah enam waktu pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa ini, saya mesti menyiapkan projek ini dan menghantarkannya pada masa yang ditetapkan supaya boleh diberi pernilaian oleh guru penilai saya.


Objektif kajian: (contoh)

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan untuk mengkaji dan menghasilkan peta lakar di ................. (nama kawasan kajian anda):


1) Menyatakan konsep dan takrifan mengenai latar belakang ciri fizikal dan budaya di .............(kawasan kajian)....
2) Melukis dan mentafsir peta lakar di ....... (kawasan kajian)...
3) Mengenalpasti dan menghuraikan potensi kawasan berlorek di .............. (kawasan kajian)...
4) Menyatakan halangan untuk memajukan kawasan berlorek di ........ (kawasan kajian)...
5) Menghuraikan usaha-usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di .......(kawasan kajian).......


Kaedah kajian: (contoh)
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan lima (5) kaedah ini untuk menjalankan kajian. Berikut adalah kaedah kajian yang digunakan:

(a) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat kawasan kajian saya iaitu ................. Saya telah mengumpul beberapa data dari pemerhatian saya. Saya juga telah memerhati dengan teliti dan melukis peta lakaran kawasan kajian dengan betul dan tepat di dalam kajian ini.

(b) Borang Soal selidik 
Untuk mendapatkan maklumat tentang masalah dan halangannya, saya telah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan satu set soalan dan memberikannya kepada 20 orang responden di sekitar kawasan kajian saya untuk mendapatkan maklumat dan memberi masa sebanyak 5 minit untuk menjawabnya. Antara soalan-soalan seperti berikut:
  • Di manakah kawasan yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan ini?
  • Apakah halangan untuk memajukan kawasan ini?
  • Cadangkan usaha untuk mengatasi halangan di kawasan ini.
Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran.

(c) Kaedah Temubual
Saya telah pergi ke tempat kawasan kajian saya dan telah memilih seseorang untuk dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang halangan untuk memajukan kawasan berlorek di kawasan kajian tersebut. Dengan ini telah memudahkan lagi kajian saya.
(Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu)

(d) Muat turun sumber dari buku dan internet
Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian saya, saya telah menggunakan kaedah rujukan iaitu dengan merujuk ke laman web di internet dan rujukan ke perpustakaan. Saya memperoleh maklumat yang dikehendaki seperti maklumat tentang kawasan kajian saya serta perbandingannya iaitu bandar di negara luar yang saya pilih serta maklumat tambahan. Selain itu, saya juga telah menggunakan Buku Teks Geografi Tingkatan 1 untuk memudahkan saya membuat kajian ini. 

(e) Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru Geografi, iaitu Encik/Puan/Cik ………………………….

contoh kaedah kajian lain : Perpustakaan, Rakaman Audio atau Visual


Contoh Borang Soal Selidik.


Nama: ____________________________________
Umur: ____________________________________
Pekerjaan:_________________________________ 

Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah.

Soalan 1: 
Pada pendapat anda, manakah yang sesuai dimajukan di kawasan Taman Melati?



Kawasan perumahan

Pasaraya

Taman Tema

Surau

Perindustrian

Soalan 2
Nyatakan halangan untuk memajukan kawasan berpotensi

...................................................................

Soalan 3
Berikan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan tersebut.

.....................................................................


Contoh borang soal selidik: [link]

*******************




Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses*



Read More »

Monday, July 03, 2017

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2017 Peta Lakar


Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan / Folio / Kerja Kursus Geografi PT3 2017


Tajuk: Peta Lakar



Tugasan

Calon dikehendaki menjalankan kajian dan menghasilkan peta lakar di kawasan tempat tinggal / sekolah anda. Peta lakar  merupakan peta yang dilukis berasaskan peta topogragi. Peta lakar yang dilukis mestilah menunjukkan ciri-ciri geografi, iaitu pandang darat fizikal dan pandang darat budaya.

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut:

1) Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian.
2) Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian.
3) Lorekkan kawasan yang berpotensi dimajukan dan menghuraikan potensi tersebut.
4) Menghuraikan halangan untuk memajukan kawasan berlorek.
5) Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek
6) Membentangkan laporan hasil kajian tersebut.

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.

Tarikh kerja kursus bermula: 3 Julai 2017 (Isnin)
Tarikh kerja kursus dihantar: 31 Julai 2017 (Isnin)



Kerangka Pelaksanaan Tugasan

Terdapat 3 bahagian dalam Tugasan PT3 Geografi 2017 iaitu :

1. Perancangan (10 markah)

(a) Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh.
(b) Perancangan merangkumi :
  • Jadual Kerja
  • Objektif Kajian
  • Penentuan kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah)

(a) Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
(b) Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli.
(c) Proses awal merangkumi :
  • Temubual / pemerhatian / rujukan
  • Draf peta lakar
  • Potensi
  • Halangan 
  • Cadangan 

3. Proses Akhir (70 markah)

Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :

(a) Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian (5 markah)
  • Menjelaskan latar belakang kawasan kajian dengan tepat.

(b) Peta Lakar 
  • Mempunyai tajuk, simbol peta topografi, petunjuk, arah mata angin, bingkai, mentafsir peta dan justifikasi.
  • Mempunyai 3 bahagian pemarkahan:
    • peta lakar dibina betul, releven dan lengkap (15 markah)
    • mentafsir peta lakar dengan menjelaskan saling kaitan antara pandang darat fizikal dengan pandang darat budaya (8 markah)
    • Melorek dan memberikan justifikasi pemilihan kawasan berlorek (4 markah)
(c) Potensi untuk memajukan kawasan berlorek (10 markah)
  • Mengenalpasti dan menghuraikan potensi kawasan berlorek dengan kreatif dan kritis secara rasional. Perlu ada fakta, huraian dan contoh.

(d) Halangan untuk memajukan kawasan berlorek (8 markah)
  • menghuraikan halangan yang berkaitan dengan jelas dan releven serta menunjukkan keaslian
(e) Cadangan usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek (8 markah)
  • menghuraikan 3 atau lebih cadangan yang releven dan tepat, kreatif dan menarik

4. Membentangkan laporan hasil kajian (10 markah)
  • pembentangan yang jelas dan menunjukkan kefahaman dan berkemahiran terhadap kajian yang telah dilaksanakan

5. Penilaian umum (2 markah)
  • Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis. 


FORMAT LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017


Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses*



Read More »

Wednesday, May 24, 2017

Berbaloi ke Guna Fidget Spinner?


Apa itu Fidget Spinner?


Fidget Spinner adalah sejenis alat yang digunakan untuk melegakan stress atau tekanan. Bahan asas pembuatan Fidget Spinner terdiri daripada bearing @ galas bebola yang terletak di tengah-tengah reka bentuknya. Galas bebola diperbuat daripada bahan seramik, logam (keluli tahan karat atau chrome), dan reka bentuk yang hibrid. Reka bentuk hibridnya pula diperbuat daripada pelbagai bahan termasuk tembaga, keluli tahan karat, titanium, tembaga dan plastik. 

Alat permainan ini telah digunakan untuk membantu orang yang mempunyai masalah untuk memberi tumpuan, tidak fokus, gelisah atau resah seperti mereka yang mempunyai Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif [Attention Deficit Hyperactivity Disorder - ADHD], autisme, atau anxiety (kebimbangan). Ia bertindak sebagai mekanisme untuk melepaskan rasa gugup, gemuruh atau tekanan. Pakar-pakar telah bersetuju mengenai keperluan ini, dengan beberapa agensi yang menyokong penggunaannya manakala beberapa agensi NGO yang lain mempertikaikan asas saintifik dan berhujah bahawa alat permainan ini sebenarnya boleh menyebabkan seseorang lebih terganggu.

Walaupun alat ini telah dicipta pada tahun 1990-an, tetapi baru-baru ini Fidget Spinner menjadi alat permainan popular pada tahun 2017 dan menjadi tular @ trending dalam membuat trick @ helah dalam aksi video di Youtube dan Instagram. Sering dipasarkan dengan mempunyai manfaat dari segi kesihatan, Fidget Spinner sudah mula digunakan oleh kanak-kanak sekolah, menyebabkan sesetengah sekolah mengharamkan penggunaan Fidget Spinner, dengan alasan bahawa mainan itu menjadi gangguan di bilik darjah dan pelajar tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Malahan apabila menggunakan Fidget Spinner, ia boleh menghasilkan bunyi yang akan mengganggu kanak-kanak yang lain. Sekolah-sekolah lain pula membenarkan Fidget Spinner digunakan oleh kanak-kanak dalam usaha untuk membantu mereka menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Banyak agensi penerbitan membahaskan bahawa banyak manfaat atau kelebihan daripada keburukan menggunakan Fidget Spinner bagi individu yang mempunyai ADHD, autisme, atau keresahan, dan terdapat keperluan Fidget Spinner ini sebagai rangsangan berterusanAda yang mengatakan, Fidget Spinner telah dicipta dan dipasarkan sebagai alat mengurangkan stress yang digunakan untuk kekal fokus. 

Sama seperti zaman-zaman sebelum wujudnya Fidget Spinner, jika kita ingin fokus dalam melakukan sesuatu kerja, sudah semestinya kita akan melakukan beberapa pergerakan seperti menggoyangkan atau memusingkan pen, mengetuk meja, menggoyangkan kaki dan sebagainya. Cuma pada zaman ini, alat seperti Fidget Sipnner dikeluarkan sebagai alat untuk membantu fokus dalam sesuatu pekerjaan.

Terdapat kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD dan autisme dibenarkan untuk menggunakannya di sekolah dan juga diajar cara untuk menggunakannya dengan betul. Tetapi ia menjadi gangguan dan daya penarik kepada beberapa kanak-kanak yang normal dan terpengaruh untuk menggunakan dan bermain. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kecacatan, ia adalah satu alat permainan, dan ia sepatutnya tidak dibenarkan.

Salah seorang ibu telah membeli Fidget Spinner untuk anak lelaki berusia 10 tahun, yang mempunyai ASD / SPD dan anak perempuan berusia lapan tahun, yang disyaki ADHD. Dan beliau berkata: "Pada mulanya saya fikir, ia adalah alat yang berkesan untuk menghilangkan rasa gelisah kepada kanak-kanak apabila menggunakannya, tetapi sekarang apabila ia diharamkan di sekolah, bermakna anak-anak saya akan kehilangan alat bantuan yang amat memberi manfaat kepadanya. Adalah tidak adil jika seorang kanak-kanak dengan keperluan khas yang menggunakan alat tersebut dan kini tidak dibenarkan kerana kanak-kanak lain menggunakan Fidget Spinner semata-mata untuk keseronokan."



sumber: Birmingham Mail


Tetapi, adakah Fidget Spinner ini selamat digunakan oleh kanak-kanak normal yang lain?
Gambar di atas adalah Sharp Ninja Fidget Spinner. Sama seperti Shuriken Ninja, bukan? Jika ia digunakan oleh anak-anak anda untuk bermain sesama rakan, apa yang bakal terjadi jikalau mereka cuai mengendalikan alatan ini?

Ada beberapa ibu bapa telah menimbulkan kebimbangan keselamatan mengenai Fidget Spinner. Sebagai contoh, seorang wanita Texas yang berkongsi kisahnya di Facebook, mengenai anak perempuannya yang berusia 10 tahun tercekik Fidget Spinner dan memerlukan pembedahan untuk mengeluarkannya, seperti yang dilaporkan oleh CNN. Sudah tentu, menelan risiko apa-apa yang boleh ditelan. Sejak dari kanak-kanak lagi mereka suka untuk meletakkan objek di dalam mulut mereka, menelan dan tercekik mainan. Lagipun, Akademi Pediatrik Amerika memberi amaran bahawa tercekik adalah punca utama morbiditi dan kematian di kalangan kanak-kanak, terutama mereka yang berusia 3 tahun ke bawah. Dan juga di Georgia, seorang nenek mengatakan Fidget Spinner pecah di tangan cucunya yang berusia tiga tahun.


saiz bearing (bola galas) sebesar duit syiling


Sumber dari United Kingdom menyatakan seorang budak lelaki berusia 11 tahun hampir buta akibat terkena bilah Fidget Spinner selepas terbabas dari tangannya apabila asyik melakukan beberapa aksi putaran.


sumber: USA Today

Tidak semua kanak-kanak mendapat manfaat daripada bermain dengan Fidget Spinner. Kajian Dr. Dustin Sarver, MD, seorang profesor pediatrik di Pusat Perubatan Universiti Mississippi dan penyelidik di Pusat Pembangunan Belia, mengatakan sebahagian besar kanak-kanak dengan ADHD, lebih banyak mereka bergerak menggunakan Fidget Spinner, lebih baik prestasi memori kerja mereka. Selain itu, apabila bergerak, ia meningkatkan rangsangan kognitif dan kecerdasan mereka. Beliau juga mencadangkan bahawa kanak-kanak tanpa ADHD sebenarnya melakukannya dengan lebih teruk di sekolah apabila mereka bergerak terlalu banyak akibat bermain Fidget Spinner. Doug Roberts, seorang guru sekolah rendah di Oregon dan pengarang buku yang dikaji semula, He’s The Weird Teacher, juga menyatakan bahawa kewujudan Fidget Spinner boleh memberi inspirasi kepada kes pergaduhan dan kecurian.

sumber: Reader's Digest

Di Malaysia, Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah memeriksa gajet 'fidget spinner' di pasaran sama ada permainan itu mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata penguatkuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa. 

Pada pendapat saya, tak salah menggunakan Fidget Spinner jika untuk mendapatkan perhatian dan fokus terhadap sesuatu pekerjaan dan pembelajaran, bukan untuk menunjuk-nunjuk pada rakan-rakan dengan melakukan pelbagai aksi yang berbahaya. Dan juga reka bentuk Fidget Spinner perlu selamat dan tidak menggunakan bilah yang tajam. Ia boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan seperti yang saya tunjukkan di atas. Terpulang pada ibu bapa jika mahu menggunakan dan memberikan Fidget Spinner kepada anak-anak anda. Tetapi AWAS, ibu bapa perlu mengawasi penggunaan Fidget Spinner oleh anak-anak anda supaya keselamatan anak anda lebih terjamin.

Tetapi jika membawa Fidget Spinner ke sekolah, itu saya tidak setuju. Jika berlaku kecederaan kepada pelajar, terkena mata, terpotong telinga, luka di muka dahi tangan, tergores di jari, cikgu juga yang disalahkan. Jika alat tersebut dibeli beribu-ribu harganya, kemudian hilang di sekolah, cikgu juga yang disalahkan. Keselamatan harus diutamakan. tak apa ye dik, simpan jelah di rumah ye. 


lovenota: kadang-kadang terlalu banyak main Fidget Spinner nie tak buat kerja langsung budak-budak sekolah saya. lepas tu saya rampas jela. wuu~


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®